PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan tiada ancaman tsunami di perairan Malaysia susulan gempa bumi 5.8 magnitud di Papua Barat, Indonesia. MetMalaysia memaklumkan, gempa skala sederhana itu berlaku kira-kira pukul 6.51 pagi tadi. “Gempa bumi sederhana telah berlaku di Papua Barat, Indonesia pada 6.51 pagi, 27 Mac 2026. “Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” katanya menerusi Facebook rasmi MetMalaysia hari ini. MetMalaysia berkata, gempa berpusat pada koordinat 3.4 darjah selatan…











