PETALING JAYA: Aktres, Fazura gagal mengawal emosinya ketika menitipkan ucapan istimewa buat puteri kesayangannya, Nur Fatima Aisya di usia 15 tahun kelak.
Menurut Fazura, dia bersyukur dapat membesarkan satu-satunya anak perempuannya itu bahkan , berharap dikurniakan rezeki untuk menjaganya sehingga tua.
“Fatima, mommy sayang kamu sangat. Masyaa-Allah macam mana kejadiannya 15 tahun nanti ya. Nak kawal air mata ini.
“Alhamdulillah dah sampai ke tahap ini (umur Fatima 15 tahun) mommy besarkan Fatima. Semoga mommy diberikan kesihatan untuk jaga Fatima sampai Fatima tua nanti.
“Harap Fatima kuat, kental, hadapi dunia yang penuh keras ni dan mommy akan sentiasa bersama Fatima insyaa-Allah dengan izin Allah,” katanya.
Fazura berkata demikian ketika menjadi tetamu undangan segmen Bekpes Hot, Hot FM yang dikendalikan oleh Johan, Fara Fauzana dan Khairy Jamaluddin pada Khamis.
Tambah Fazura, kasih sayangnya terhadap Fatima akan sentiasa mekar meskipun suatu hari nanti ditakdirkan sekiranya dirinya kembali dipertemukan pasangan hidup.
“Sama-sama kita berganding tangan walaupun ditakdirkan kita kekal berdua di masa hadapan. Tak tahulah saya kahwin lagi ke atau tidak.
“Tetapi mommy akan sentiasa bersama kamu dan kami sentiasa jadi nombor satu buat mommmy. Mommy sayang iamu sangat,” katanya lagi.
Fatima merupakan anak hasil perkongsian hidup Fazura bersama pelakon, Fattah Amin.
Fazura dan Fattah pernah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 namun bercerai pada 7 Oktober 2024. -UTUSAN










