KUALA LUMPUR: Sebanyak enam kejadian pokok tumbang dilaporkan berlaku di ibu negara susulan ribut petir dan hujan lebat,petang ini. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur menerima panggilan berhubung kejadian itu antara pukul 3 petang hingga 5.30 petang. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menggerakkan pasukan operasi dari enam Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) ke lokasi terjejas untuk kerja menyelamat, pembersihan dan pemotongan pokok tumbang sekali…









