KAJANG: Seramai empat lagi lelaki ahli geng ‘Kapten Praba’ mengaku tidak bersalah atas tuduhan terlibat menjadi ahli kumpulan jenayah terancang. Mereka yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 ialah C Navindren, 38; S Sridharan, 30; S Pratifkumar, 30 dan K Devaindran, 44. Pengakuan itu dibuat selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet…








