Empat kawasan di Kedah dilanda gelombang haba

Empat kawasan di Kedah dilanda gelombang haba

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Empat kawasan di Kedah iaitu Kota Setar, Pokok Sena, Pendang dan Baling kini berada pada Tahap 2 (gelombang haba) dengan suhu maksimum harian melebihi 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Menurut kemas kini Status Cuaca Panas Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat pukul 4 petang, sebanyak 14 kawasan lagi di Semenanjung berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga), termasuk Perlis.

Selain itu, Padang Terap, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda, Kulim, Sik, Baling, Bandar Baharu, Daerah Utara (Pulau Pinang), Kinta, Kuala Kangsar, Perak Tengah dan Lubuk Antu di Sarawak.

Tahap berjaga-jaga dicatat apabila suhu maksimum harian berada antara 35 hingga 37 darjah Celsius selama sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

MetMalaysia menasihati orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan diri kekal terhidrat, mengurangkan aktiviti luar pada waktu tengah hari, serta memberi perhatian terhadap golongan berisiko tinggi termasuk kanak-kanak dan warga emas.

Untuk maklumat lanjut mengenai status cuaca panas harian, orang ramai boleh merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN