ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan dua pegawai Imigresen kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM39,000 yang disyaki dilakukan sejak awal tahun ini. Sumber memaklumkan, kedua-dua mereka meminta dan menerima rasuah itu sebagai balasan mendapatkan kelulusan permit kerja warga asing bagi sebuah syarikat yang beroperasi di negeri ini. Katanya, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30 dan 50-an ditahan bersama seorang lagi suspek yang dipercayai orang tengah…










