KOTA TINGGI: Dua maut manakala empat yang lain cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di persimpangan jalan Felcra Sungai Ara, di sini pagi tadi. Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Azlan Hamzah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada pukul 8.57 pagi. Katanya, kemalangan itu melibatkan sebuah Nissan Sentra dan juga sebuah Proton Saga. “Seorang lelaki dewasa dan seorang perempuan dewasa ditemukan dalam keadaan tersepit, sebelum disahkan meninggal…










