PETALING JAYA: Dua orang lelaki ditahan dengan pelbagai barangan disyaki berkaitan penyelewengan minyak diesel bernilai lebih RM350,000 turut dirampas dalam serbuan di sebuah premis di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, Khamis lalu. Komander Pasukan Risik Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Rosli Md. Yusof berkata, penahanan itu dibuat oleh PSP Bukit Aman menerusi serbuan yang dilakukan kira-kira pukul 2.00 petang. “Operasi dijalankan hasil maklumat risikan serta menerusi…










