KULIM: Tanda tanya kehilangan seorang lelaki sejak empat hari lalu terungkai apabila dipercayai mempunyai kaitan dengan penemuan mayat dalam keadaan rentung yang disyaki dibunuh di Ladang Anak Kulim, di sini semalam. Mangsa yang dipercayai berusia 77 tahun ditemukan orang awam di kawasan ladang tersebut sebelum laporan polis dibuat pada pukul 2.25 petang. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Zulkifli Azizan berkata, orang awam menjumpai mayat mangsa ketika berada di kawasan berbukit…










