PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan kerja penurapan jalan secara menyeluruh di kesemua 51 lokasi Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) seliaannya di ibu negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, kerja penurapan jalan telah siap dilaksanakan di tujuh lokasi bagi suku pertama tahun ini. “Antara kawasan PA dan PPR yang terlibat ialah PPR Beringin, PPR Wahyu, PPR Gombak Setia, PPR Hiliran…










