KAJANG: Kementerian Pendidikan (KPM) sedia mempertimbangkan pelbagai pendekatan alternatif selain Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) untuk memastikan pembelajaran murid tidak terganggu susulan fenomena cuaca panas yang melanda negara. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, panduan daripada Kementerian Kesihatan dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sentiasa menjadi rujukan utama dalam perancangan KPM. “Setiap pendekatan yang diambil akan dilaksanakan bersama Kementerian Kesihatan dan MetMalaysia agar perancangan lebih tersusun dan tidak menjejaskan pembelajaran murid.…










