Buang sampah: 118 notis dikeluarkan, 15 bakal dituduh di mahkamah

Buang sampah: 118 notis dikeluarkan, 15 bakal dituduh di mahkamah

SEBANYAK 118 kompaun telah dikeluarkan membabitkan 72 warga tempatan dan 46 warga asing.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) mengeluarkan sebanyak 118 Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) bagi kesalahan membuang sampah kecil di negeri ini, sehingga kini.

Pengarah SWCorp Johor, Zainal Fitri Ahmad berkata, daripada jumlah itu, 15 individu akan dituduh di Mahkamah Sesyen, di sini bermula 28 Mac ini.

Katanya, setakat ini, hanya lima individu sahaja yang telah dan sedang menjalani hukuman Perintah Khidmat Masyarakat (PKM).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehingga kini, sebanyak 118 kompaun telah dikeluarkan membabitkan 72 warga tempatan dan 46 warga asing. Seorang warga Singapura yang melakukan kesalahan itu akan dituduh pada 1 April ini.

“Selepas ini kita akan ada ‘batch’ kedua yang akan menjalani PKM. Kita harap ini akan menjadi pengajaran kepada semua untuk menghapuskan tabiat membuang sampah-sampah kecil merata-rata,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan ‘Ops Greater’ Johor Bahru di Sungai Segget, di sini hari ini.

Tambah Zainal Fitri, ‘Ops Greater’ Johor Bahru merupakan usaha dilaksanakan bertujuan menjadikan bandar raya ini bandar sifar sisa, sekali gus meningkatkan kawasan berkenaan sebagai lokasi tumpuan pelancongan.

“Kawasan ini dari Stulang hingga ke Danga Bay dalam radius kira-kira tiga kilometer dari pusat bandar Johor Bahru melibatkan 13,956 premis serta kerja pembersihan awam meliputi kawasan seluas 423,857.52 meter persegi.

“Sebanyak 16 unit jentera telah ditukar melibatkan 12 unit kompaktor 19 tan, satu unit mini kompaktor 11 tan dan tiga unit tipper 7.5 tan bagi menyokong inisiatif ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini