Bot Polis Marin terbabas kejar penyeludup angkara lampu sorot

Bot Polis Marin terbabas kejar penyeludup angkara lampu sorot

KEADAAN bot PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor yang terbabas di Sungai Kelantan berhampiran Teluk Renjuna, Tumpat, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Tindakan agresif sindiket penyeludupan migran menggunakan taktik menyuluh lampu sorot ke arah jurumudi bot Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor, menjadi punca sebuah bot ronda hilang kawalan sebelum terbabas dalam kejadian di Sungai Kelantan berhampiran Teluk Renjuna, di sini semalam.

Kejadian pukul 6 pagi itu berlaku ketika sepasukan anggota Markas Operasi PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor yang menjalankan Op Taring Landai/Op Khas Aidilfitri Fasa 1/2026 mengesan sebuah bot fiber mencurigakan dipercayai terlibat dalam aktiviti penyeludupan migran.

Komander PPM Wilayah Tiga, Pemangku Asisten Komsioner Mohd. Khairuddin Jamal@Zainan berkata,  semasa cuba memintas bot tersebut, suspek bertindak agresif dengan menyuluh lampu sorot yang sangat terang ke arah jurumudi bot PPM bagi mengganggu penglihatannya.

“Gangguan itu mengakibatkan jurumudi gagal mengawal bot sebelum terbabas dan terkandas di tebing sungai berhampiran Pulau Teluk Rejuna. Susulan itu, pasukan bantuan segera dikerahkan ke lokasi bagi mengawal keadaan, namun semua anggota yang terlibat terselamat tanpa kecederaan serius,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Mohd. Khairuddin berkata, usaha menjejaki suspek yang meloloskan diri dalam kejadian itu sedang dijalankan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN