TUMPAT: Tindakan agresif sindiket penyeludupan migran menggunakan taktik menyuluh lampu sorot ke arah jurumudi bot Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor, menjadi punca sebuah bot ronda hilang kawalan sebelum terbabas dalam kejadian di Sungai Kelantan berhampiran Teluk Renjuna, di sini semalam. Kejadian pukul 6 pagi itu berlaku ketika sepasukan anggota Markas Operasi PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor yang menjalankan Op Taring Landai/Op Khas Aidilfitri Fasa 1/2026 mengesan sebuah…










