ROMPIN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang sedang mengenal pasti punca kebakaran tanah gambut di dua kawasan iaitu ladang kelapa sawit dan hutan berhampiran Kampung Jemeri di sini, serta Ladang Agropolitan Nenasi, Pekan. Timbalan Pengarah JBPM Pahang, Tok Muda Wan Ahmad Fadillah Wan Abdul Rahman berkata, buat masa ini puncanya belum dikenal pasti. “Punca kebakaran masih dalam siasatan dan kita sedang mengenal pasti faktor yang menyebabkan api merebak dengan…











