PETALING JAYA: Varieti padi baharu yang tahan cuaca panas kini berada di peringkat akhir untuk dikeluarkan dan dijangka mampu membantu pesawah menghadapi musim kemarau yang semakin mencabar. Pengarah Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Anjas Asmara Samsudin berkata, benih dikenali sebagai Putra-CR atau Berdaya Tahan Iklim itu dibangunkan oleh penyelidik institusi berkenaan. Menurutnya, benih tersebut kini melalui fasa akhir untuk disenaraikan sebagai padi sah…










