Belum sedia berkahwin, Nadhir Nasar mahu jaga orang tua - Utusan Malaysia

Belum sedia berkahwin, Nadhir Nasar mahu jaga orang tua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah, Nadhir Nasar membuat keputusan untuk tinggal bersama ibu bapa meskipun dia berkahwin satu hari nanti.

Kata Pemilik nama sebenar Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, perkara itu merupakan janji yang telah dibuat dengan dirinya sendiri.

“Saya mahu jaga mereka, itu janji saya. Dan saya masih boleh tinggal dengan ibu bapa walaupun sudah berkahwin nanti,” katanya.

Nadhir berkata demikian pada majlis berbuka puasa LOL Entertainment, baru-baru ini.

Mengulas tentang jodoh, Nadhir mengakui soalan itu pernah ditanyakan kepadanya oleh ibunya.

“Ibu pernah tanya bila saya nak kahwin. Jawab saya belum ada keinginan lagi. Balasnya Alhamdulillah, boleh jaga dia.

“Soalan pasal jodoh ini tidak pernah diajukan orang luar kepada saya. Mungkin disebabkan saya tidak nampak dewasa,” kongsinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN