KANGAR: Dua lelaki termasuk seorang wanita masing-masing sebagai koordinator dan transporter bertindak berani membawa dadah jenis methamphetamine seberat 510 kilogram dianggarkan bernilai RM25.5 juta. Bagaimanapun, keberanian mereka tidak berbaloi selepas dua kenderaan jenis Honda Civic masing-masing dinaiki suspek berkenaan bagi membawa barangan terlarang itu ditahan polis menerusi serbuan di Jalan Utama Wang Kelian, pada 24 Mac lalu, hasil maklumat risikan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Hussein Omar Khan…










