Sejak lebih 50 tahun lalu, Batu Ferringhi kekal sebagai nadi pelancongan utama di Pulau Pinang. Terletak di pesisir barat laut negeri itu, kawasan peranginan berkenaan sinonim dengan pantai memutih, panorama matahari terbenam yang memukau dengan deretan hotel dan resort bertaraf antarabangsa yang berdiri megah menghadap Selat Melaka. Daripada sebuah perkampungan nelayan, Batu Ferringhi berkembang pesat menjadi destinasi percutian tersohor di utara Semenanjung Malaysia. Limpahan pembangunan sektor pelancongan bukan sahaja merancakkan…










