PETALING JAYA: Selepas sebulan menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan, kehadiran Syawal sering dinanti sebagai waktu untuk berehat dan meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.
Selain tradisi kunjung-mengunjung dan meraikan Aidilfitri, ramai juga mengambil peluang ini untuk merancang percutian singkat sebagai penutup musim perayaan. Percutian selepas Aidilfitri bukan sahaja memberi ruang untuk melepaskan penat selepas kesibukan rutin harian, malah menjadi peluang mencipta kenangan baharu bersama insan tersayang.
Dengan adanya cuti umum dan suasana perayaan yang masih terasa sepanjang Syawal, ramai keluarga memilih untuk melancong ke destinasi menarik di dalam atau luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air Malaysia, Datuk Chandran Rama Muthy berkata, Batik Air menawarkan kemudahan penerbangan ke pelbagai destinasi domestik dan antarabangsa, termasuk dari Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, bagi memudahkan perjalanan.

Selain itu, laluan terus ke pelbagai destinasi domestik dan antarabangsa sedia ada juga disediakan untuk mereka yang menetap di Pulau Pinang, Johor, Kota Kinabalu, dan sejak Disember lalu, Ipoh terus ke Singapura. Dari Pulau Pinang, penumpang boleh terus ke Johor Bahru (mulai 18 Mac ini), dan Pulau Pinang terus ke Singapura, Jakarta, Medan, Bangkok dan Subang.
Destinasi domestik popular termasuk Pulau Pinang, Kota Bharu, Johor Bahru, Langkawi, dan Kota Kinabalu, yang menawarkan pelbagai pengalaman menarik seperti warisan budaya George Town, Pasar Siti Khadijah, taman tema keluarga, pantai cantik, serta pusat membeli-belah moden.


Destinasi antarabangsa pula termasuk Singapura, Phuket, Banda Aceh, Jakarta, Bangkok, Seoul, Osaka, Perth, Colombo, dan Dili, Timor Leste, di mana pengunjung boleh menikmati aktiviti seperti whale watching, menerokai alam semula jadi yang tidak tercemar serta pengalaman budaya tempatan yang unik.
Bagi penduduk Lembah Klang, penerbangan dari Subang memudahkan perjalanan terus ke destinasi terpilih tanpa perlu menempuh kos tambahan ke KLIA.
Batik Air turut menawarkan kelas perniagaan dengan keselesaan tambahan termasuk ruang kaki lebih luas, menjadikan perjalanan lebih selesa dan fleksibel.
Percutian ringkas bersama keluarga mungkin menjadi kenangan paling manis sepanjang musim Syawal.
Mereka yang berminat mendapatkan tiket penerbangan, boleh layari laman web Batik Air.










