BESUT: “Tiada lagi air tangan kakak menjadi hidangan moreh dan berbuka ketika Ramadan, kami rindukan masakannya,” luah Norinda Kasim, 50, mengenangkan arwah anaknya, Nur Dalila Farhana Mohamad Isma. Nur Dalila Farhana ialah penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut bersama 14 yang lain dalam kemalangan di Gerik, Perak Jun tahun lalu. Norinda berkata, Allahyarham yang mesra dipanggil kakak merupakan seorang yang ceria dan ringan tulang membantunya memasak juadah berbuka…










