Azah Aziz sahkan suami selamat di Dubai - Utusan Malaysia

Azah Aziz sahkan suami selamat di Dubai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Azah Aziz mengesahkan suaminya, Daud Leroy Abdullah yang kini berada di Dubai, berada dalam keadaan baik.

Malah Kata Azah suaminya itu sentiasa memaklumkan perkembangannya di negara itu yang turut terkesan dengan ketegangan antara Iran dengan Israel dan Amerika Syarikat.

“Saya terima banyak mesej dan panggilan telefon daripada keluarga dan kawan-kawan yang bertanyakan tentang keadaan suami saya yang ketika ini berada di Dubai.

“Setakat ini Alhamdulillah dia okey. Video yang bertebaran di media sosial mengenai dron jatuh berdekatan menara Burj Khalifa itu tidak benar, saya rasa video itu dibuat dengan teknologi kecerdasan buatan (A.I).

“Kondominium saya di sana terletak berdekatan Burj Khalifa. Alhamdulillah setakat ini tidak ada apa-apa yang berlaku sekitarnya,” jelasnya menerusi Instastory.

Azah dalam masa yang sama memaklumkan masih berhubung dengan suami dari semasa ke semasa.

“Dia sentiasa memaklumkan keadaan terkini yang berlaku di sana.

“Alhamdulillah semuanya okey. Tolong doakan yang baik,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN