PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Jakarta untuk lawatan khas bagi membincangkan perkembangan geopolitik yang semakin meruncing di Asia Barat selain mengukuhkan kerjasama dua hala Malaysia–Indonesia. Pesawat yang membawa Anwar mendarat di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma di Jakarta Timur kira-kira 3.45 petang waktu tempatan, hari ini. Ketibaan beliau disambut Menteri Luar Indonesia Sugiono; Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Raden Datuk Mohammad Iman Hascarya dan Duta Besar…










