PETALING JAYA: Sejarah yang terpahat dalam al-Quran tidak wajar dipandang ringan, sebaliknya perlu dijadikan wahana penting untuk memperbaiki kedudukan manusia, mengambil ibrah daripada pengalaman silam serta membimbing umat menghadapi cabaran semasa. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Ramadan bukan sekadar sarat dengan rutin ibadah puasa, tilawah al-Quran dan solat tarawih, malah turut mengangkat peristiwa agung penurunan wahyu yang menjadi mukjizat dengan daya transformasi luar biasa. Menurut beliau, melalui mukjizat…










