Ahmad Samsuri sesuai ketua pembangkang, bukan calon Perdana Menteri 

Ahmad Samsuri sesuai ketua pembangkang, bukan calon Perdana Menteri 

ZAHARUDDIN MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Antara Hamzah dan Dr. Sam, saya berpendapat lebih baik Dr. Sam dilantik sebagai Ketua Pembangkang kerana ia dapat memudahkan penyelarasan gerak kerja.”

Demikian kata Ketua Pas Sungai Buloh, Zaharuddin Muhammad ketika mengulas kenyataan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang menyatakan kesediaannya untuk akur sekiranya tidak lagi dipilih sebagai Ketua Pembangkang.

Beliau yang juga menantu Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, semua Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) diharap dapat membuat keputusan terbaik dengan memilih Pengerusi PN yang baharu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar atau Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebagai Ketua Pembangkang.

Bagaimanapun, Zaharuddin berkata, walaupun beliau bersetuju sekiranya Ahmad Samsuri dilantik sebagai Ketua Pembangkang, pendiriannya berhubung calon Perdana Menteri kekal tidak berubah.

“Bagi posisi Ketua Pembangkang, saya bersetuju. Namun bagi jawatan Perdana Menteri, saya tetap konsisten dan sependapat dengan Mursyidul Am bahawa Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man atau Datuk Idris Ahmad lebih layak sekiranya Perdana Menteri datang daripada Pas.

“Justeru, kedudukan Ketua Pembangkang di Parlimen tidak melibatkan pentadbiran negara atau pentadbiran kerajaan pusat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN