Ahli Parlimen tak sokong RUU hadkan jawatan PM perlu ditolak

Ahli Parlimen tak sokong RUU hadkan jawatan PM perlu ditolak

FADHLINA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen yang tidak menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh 10 tahun jawatan Perdana Menteri wajar ditolak sepenuhnya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek berkata, keputusan sebahagian Ahli Parlimen yang tidak menyokong pindaan itu di Dewan Rakyat semalam disifatkan sebagai pengkhianatan terhadap usaha mereformasikan institusi negara.

“Wanita PKR menzahirkan kekecewaan terhadap kegagalan meluluskan RUU berkenaan di Dewan Rakyat.

“RUU berkenaan adalah sebahagian daripada agenda reformasi institusi yang bertujuan memperkukuh amalan demokrasi, tata kelola dan tadbir urus negara.

“Rakyat berhak mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen yang tidak mendukung RUU ini kerana ia mencerminkan sikap tidak bersama dalam agenda reformasi negara,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata, wanita PKR menyatakan sokongan penuh terhadap kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta agenda kerajaan Madani untuk terus memperkukuh tadbir urus negara demi manfaat seluruh rakyat.

RUU Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh 10 tahun jawatan Perdana Menteri dibentangkan semalam gagal mendapat sokongan dua pertiga Ahli Parlimen, apabila hanya 146 Ahli Parlimen menyokong, sementara 32 Ahli Parlimen tidak hadir dan 44 Ahli Parlimen berkecuali.

Keputusan undi belah bahagian itu diumumkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, selepas ia dibahaskan oleh seramai 41 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Sebarang kelulusan RUU pindaan Perlembagaan Persekutuan memerlukan sekurang-kurangnya 148 sokongan Ahli Parlimen.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN