PETALING JAYA: Seramai 10,726 pesawah tempatan telah menerima pampasan berjumlah RM24.6 juta di bawah Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) setakat ini, sebagai langkah melindungi kebajikan golongan tersebut daripada risiko luar jangka. STTP yang diperkenalkan sejak September 2024 merupakan skim perlindungan khusus bagi menyediakan bantuan kewangan kepada pesawah berdaftar yang mengalami kerosakan tanaman akibat bencana alam, serangan perosak serta penyakit. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli…










