PETALING JAYA: Seramai 78 individu diarah menjalani Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) kerana membuang sampah kecil di enam buah negeri semalam. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia telah dijalankan secara serentak di Perlis, Kedah, Wilayah Persekutuan, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor. “Perintah khidmat masyarakat ini menumpukan kepada kerja pembersihan menyeluruh merangkumi siar kaki, jalan awam, sistem saliran, tandas awam dan kawasan pantai,” katanya dalam kenyataan hari ini.…











