KUALA LUMPUR: Islamic Relief Malaysia (IR Malaysia) terus memastikan golongan kurang berkemampuan turut merasai keberkatan Ramadan melalui pelbagai program bantuan Ramadan yang dilaksanakan di dalam dan luar negara. Pada tahun ini, IR Malaysia telah menyalurkan bantuan kepada 5,070 keluarga di seluruh negara melalui beberapa inisiatif termasuk MySedekah Ramadan, Ramadhan Relief dan MySinggah Ramadan. Setiap keluarga menerima pek makanan atau baucar tunai yang disesuaikan mengikut lokasi dan keperluan masing-masing, bagi memastikan…










