KOTA TINGGI: Seluas 63 hektar atau 42 peratus daripada keseluruhan 150 hektar kawasan kebakaran melibatkan hutan di Punggai, Pengerang di sini telah berjaya dipadamkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, setakat hari ini. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Punggai, Pegawai Bomba Kanan I Alvinni Jackson berkata, operasi pemadaman kebakaran di kawasan berkenaan kini telah memasuki hari keempat. Katanya, cabaran dihadapi adalah keadaan berisiko tinggi bertambah buruk…











