PUTRAJAYA: Kira-kira 35,000 nelayan pantai didakwa tercicir daripada menikmati subsidi petrol mencukupi apabila kuota sedia ada tidak menepati keperluan sebenar operasi mereka, khususnya bagi yang menangkap ikan di kawasan lebih jauh dari pesisir pantai. Timbalan Pengerusi Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (Jaring), Mohd. Faizal Mohd. Zabri berkata, kuota maksimum sekitar 45 hingga 50 liter sehari ketika ini hanya mencukupi bagi nelayan zon berhampiran pantai, namun tidak bagi…











