PETALING JAYA: Dua daerah di Pahang iaitu Jerantut dan Raub di Pahang menjadi kawasan terbaharu yang mengalami cuaca panas terik dengan amaran gelombang haba kuning (Tahap 1) dikeluarkan untuk kedua-duanya. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), setakat pukul 6 pagi tadi, sebanyak 21 kawasan di seluruh negara di letakkan di bawah gelombang haba. Selain itu, tiga daerah di kedah iaitu Baling, Pendang dan Pokok Sena terus menjadi kawasan paling teruk terjejas…











