200,000 pil kuda gagal diseludup ke Malaysia

200,000 pil kuda gagal diseludup ke Malaysia

ANGGOTA polis memeriksa bungkusan pil kuda yang dirampas selepas menahan dua individu di Yingo, Narathiwat, Thailand.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT (THAILAND): Polis Daerah Yingo mematahkan cubaan menyeludup 200,000 biji pil kuda ke Malaysia melalui Tak Bai dan Sungai Golok di sini, selepas menahan dua individu, Rabu lalu.

Tangkapan dan rampasan dadah itu dilakukan pada pukul 6.30 petang menerusi operasi khas polis bersama tentera serta Pejabat Daerah Yingo selepas menerima maklumat berhubung kegiatan tersebut.

Sumber keselamatan berkata, bertindak atas maklumat, pihak berkuasa menahan dua suspek iaitu seorang lelaki berusia 33 tahun dan wanita berusia 48 tahun di Pekan Yingo ketika mereka menaiki sebuah kereta.

Katanya, pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan tersebut menemukan 200,000 biji pil kuda bernilai kira-kira RM250,486.

“Semua pil kuda itu disembunyikan dalam guni beras yang diletakkan di but kereta.

“Siasatan awal mendapati dadah tersebut mahu diseludup ke Malaysia melalui laluan sempadan Tak Bai-Pengkalan Kubor dan Sungai Golok-Rantau Panjang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Sumber itu berkata, kedua-dua suspek akan didakwa atas kesalahan memiliki narkotik Kategori 1 dengan niat untuk menjual, iaitu satu tindakan komersial yang boleh menyebabkan pengedaran dalam kalangan orang ramai serta memberi kesan terhadap ke­selamatan negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×