PORT DICKSON: Ladang kelapa sawit seluas 20.23 hektar di Jalan Ladang Kampung Tanjung Agas, di sini terbakar sejak petang semalam. Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan memaklumkan, pemadaman berjaya dilakukan sebanyak 70 peratus setakat hari kedua operasi hari ini. Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.18 petang semalam. “Kebakaran pada hari pertama melibatkan kawasan ladang sawit seluas kira-kira 6.9 hektar dengan api marak secara…











