KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu menyalurkan pemberian bantuan khas kewangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM500 kepada lebih 14,000 penjawat awam negeri, hari ini sebagai tanda penghargaan atas perkhidmatan mereka. Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bantuan khas tersebut bagi membantu meringankan beban kakitangan awam membuat persiapan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi. Beliau berkata, pemberian itu adalah penghargaan kerajaan negeri kepada semua penjawat awam yang terus…










