PETALING JAYA: Kadar zakat fitrah di Selangor bagi Ramadan 2026 (1447H) ditetapkan pada RM8, RM16 dan RM25. Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor, Mohd Khaidzir Shahari berkata, penetapan itu dilakukan selepas mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor serta diperkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Katanya, kadar itu mengambil kira harga semasa beras di pasaran serta ukuran satu gantang Baghdad bersamaan kira-kira 2.6 kilogram beras. “Kadar RM8 seorang adalah…










