SEREMBAN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menahan seorang wanita selepas didakwa menghina atau mencela agama Islam serta makan dan minum secara terbuka di platform media sosial. Pengarahnya, Datuk Mohd Asri Abdullah berkata, hasil siasatan mendapati wanita berusia 27 tahun itu telah membuat siaran langsung pada 22 Februari lalu pada pukul 6.45 petang bagi berinteraksi bersama pengikutnya sebelum bertindak makan dan minum secara terbuka sepanjang siaran langsung itu…










