Wanita dijumpai mati dalam kereta berkunci di stesen minyak

Wanita dijumpai mati dalam kereta berkunci di stesen minyak

SEORANG wanita dijumpai tidak bernyawa dalam sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang berkunci dan dipenuhi dengan pelbagai jenis barangan di kawasan stesen minyak Paya Terubong, George Town, Pulau Pinang.-IHSAN JBPM PULAU PINANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Seorang wanita dijumpai tidak bernyawa dalam sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang berkunci di kawasan stesen minyak Paya Terubong di sini, malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 7.48 malam sebelum bergegas ke lokasi.

Katanya, sebaik sahaja sampai di tempat kejadian, didapati wanita tersebut berada di tempat duduk pemandu dalam keadaan keretanya yang dipenuhi dengan pelbagai jenis barangan.

“Bomba terpaksa menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa dan sebaik sahaja berjaya dikeluarkan, wanita berkenaan telah disahkan meninggal dunia oleh oleh petugas KKM (Kementerian Kesihatan) yang berada di lokasi,” katanya di sini, hari ini.

Tambah beliau, mayat wanita berusia 37 tahun itu seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN