KUANTAN: Kalau ditanya kepada generasi muda hari ini adakah mereka sanggup menjadi pembuat keranda, jawapannya sudah tentu tidak. Ia bukan kerja yang glamor dan sering dilabel sebagai kelas bawah, ‘kerja orang lama’ atau dikaitkan dengan nasib malang dan aura negatif yang menakutkan. Ini menyebabkan jumlah pembuatnya makin kekurangan dan tidak mustahil suatu hari nanti masyarakat Melayu-Islam di negara ini akan kepupusan tukang keranda. Walaupun dalam Islam, keranda bukan rukun dalam…










