MELAKA: Tiga remaja termasuk seorang pelajar perempuan maut selepas motosikal yang ditunggang dan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Tambak Paya, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 3.50 pagi itu, Muhammar Adiff Farihin Mohd. Anuar, 15; Muhammad Azmi Abdul Rahimah, 16; serta pembonceng, Nur Khairiah Mat Mazlin, 16, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan. Ketua Polis…










