JOHOR BAHRU: Tiga individu yang bertindak meminta sumbangan dengan mengenakan kostum haiwan yang aktif berhampiran sebuah pusat beli-belah di Angsana Johor Bahru Mall, di sini ditahan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kelmarin. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru dalam satu kenyataan memberitahu, operasi khas maskot itu dilaksanakan unit penguatkuasaannya bermula pukul 10 pagi hingga 9.30 malam. Menurut kenyataan itu, lokasi tumpuan operasi adalah di sekitar pusat beli belah berkenaan serta persimpangan…










