PUTRAJAYA: Tiada kuota ditetapkan melibatkan murid berusia enam tahun untuk kemasukan tahun satu bagi sesi persekolahan 2027, malah ibu bapa diberikan ruang sehingga Disember untuk mendaftar. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Azam Ahmad berkata, tiada sebarang sasaran ditetapkan melibatkan murid enam tahun kerana prinsip kerajaan adalah menerima sesiapa sahaja berdasarkan kepercayaan ibu bapa terhadap tahap kesediaan anak masing-masing. Katanya, dalam tempoh empat hari sejak pendaftaran…










