PUTRAJAYA: Semua pihak perlu menjaga keharmonian yang telah dibina selama ini tanpa berkompromi dengan mana-mana pihak pelampau yang mahu menggugat keamanan di Malaysia. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan berkata, pihaknya memandang serius dan memantau insiden tular melibatkan seorang individu bukan Muslim yang didakwa menghina Islam serta al-Quran, baru-baru ini. “Perbuatan tersebut mengguris maruah umat Islam, lebih-lebih lagi ketika umat Islam sedang menyambut bulan…








