PETALING JAYA: Pelakon, Izara Aishah menyelar dakwaan seorang individu yang menyifatkan dirinya tidak memberi impak apabila dilantik sebagai wajah sesebuah jenama.
Izara bagaimanapun tidak melatah dengan dakwaan tersebut sebaliknya yakin rata-rata produk yang diwakilinya laris terjual.
“Tapi selalu barang laris terjual. Hello polis tengok dia tipu,” selorohnya.
Izara berkata demikian di ruangan komen perkongsian seorang pengguna Threads yang mendakwa dia tidak memberi impak jika dilantik sebagai wajah sesebuah jenama.
Responsnya itu turut menyorot perhatian orang ramai yang rata-ratanya bersetuju dengan kenyataan pelakon drama Sumpah Ibuku.
Terdahulu, isu tersebut mula hangat menjadi sorotan selepas pelakon jelita, Anzalna Nasir menjawab pertikaian seorang individu yang mempersoalkan dirinya tidak lagi menjadi wajah sebuah jenama pakaian tempatan.
Susulan itu, rata-rata netizen mendakwa Anzalna tidak lagi menjadi wajah produk tersebut kerana tidak memberikan impak besar meskipun mempunyai rupa paras yang cantik.
Pun begitu, kontroversi itu sekali gus membuatkan nama Izara turut terpalit. – UTUSAN










