Tanda suka dalam diam menerusi ‘Mau But Malu’ - Utusan Malaysia

Tanda suka dalam diam menerusi ‘Mau But Malu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi asal Indonesia, Allan Andersn, mempertaruhkan single terbaharu berjudul Mau But Malu yang mengangkat kisah perasaan cinta yang dipendam dalam diam.

Tampil dengan susunan muzik pop yang ringan, ceria dan groovy lagu tersebut dilihat dekat dengan realiti segelintir individu yang berdepan fasa menyukai seseorang tanpa keberanian meluahkan isi hati.

Menurut Allan, dia sengaja memilih pendekatan muzik yang segar dan positif bagi menggambarkan situasi tersebut.

“Saya memang mahu lagu ini kedengaran ceria dan groovy kerana situasi sebegini sering berlaku dalam hidup kita. Kadang-kadang kita gelak sendiri memikirkan keadaan itu, tetapi di situlah letaknya kejujuran rasa.

“Bagi saya, lagu ini bukan untuk membuatkan orang sedih. Akhirnya hanya ada dua pilihan, sama ada berterus terang atau terus memendam rasa. Kalau tidak, memang penat menunggu,” katanya.

Single ciptaan Allan itu dilancarkan di semua platform penstriman digital bermula 12 Februari 2026.

Sebagai usaha memperkukuh promosi, Allan turut mempersembahkan Mau But Malu dalam sebuah showcase intim di Kuala Lumpur pada 6 Februari lalu dan bakal meneruskannya di Johor Bahru pada 14 Februari ini.

Persembahan tersebut akan dirakam serta diterbitkan sebagai kandungan digital, sekali gus memperluaskan capaian lagu berkenaan dalam kalangan peminat di Malaysia.

Sebelum ini, Allan mencuri perhatian menerusi lagu Rindu yang berjaya menembusi carta Spotify Viral 50 Indonesia dan Malaysia, selain tersenarai dalam Top 10 Newcomers Billboard Indonesia selama dua minggu berturut-turut.

Album sulungnya, Dear AA (2025), turut memperkukuh namanya sebagai antara bakat baharu yang konsisten membina pengaruh dalam landskap muzik pop Asia Tenggara. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN