KUANTAN: Taktik sindiket jenayah menjadikan kediaman tidak berpenghuni sebagai lokasi penyimpanan dadah dan barang seludup terbongkar apabila Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang menumpaskan kegiatan itu menerusi dua serbuan di Mentakab dan Kuantan, baru-baru ini. Dalam operasi berkenaan, JKDM Pahang merampas pelbagai jenis dadah, rokok serta minuman keras dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM2.3 juta termasuk duti dan cukai. Pengarah Kastam Negeri Pahang, Mohd. Asri Seman berkata, serbuan pertama…










