GEORGE TOWN: Kementerian Pendidikan (KPM) bersedia mengadakan sesi libat urus susulan dengan semua pihak berhubung dasar kemasukan murid tahun satu pada usia enam tahun. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihak kementerian terbuka menerima pandangan termasuk ibu bapa sekiranya mereka masih mempunyai kebimbangan terhadap beberapa aspek pelaksanaan dasar tersebut. “Sekiranya masih terdapat perkara yang belum diselesaikan maka pihak kementerian tidak mempunyai masalah untuk mengadakan sesi libat urus susulan demi memastikan setiap…










