KUANTAN: Oceanscape International Limited, sebuah syarikat tersenarai di Bursa Singapura (SGX) menyatakan minat untuk melabur dalam sektor tenaga boleh baharu (TBB) di negeri ini dengan nilai pelaburan dianggarkan mencecah RM10 bilion. Negeri ini menjadi pilihan syarikat tersebut kerana mempunyai kawasan berpotensi dan luas untuk dijadikan tapak pembangunan tenaga boleh diperbaharui berimpak tinggi. Pengerusi Eksekutifnya, Lang Jinjun berkata, pelaburan tersebut bakal memberikan tumpuan kepada pembangunan tenaga hijau termasuk projek solar berskala…










