PETALING JAYA: Tujuh suspek yang ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kes tembakan terhadap kenderaan Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) di Bukit Kayu Hitam kelmarin, dipercayai mempunyai kaitan dengan Geng Pak Su. Perkara itu disahkan Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah ketika dihubungi bagi mengulas kaitan individu yang ditahan dengan kumpulan berkenaan. Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati suspek mempunyai hubungan rapat dengan ahli geng terbabit dan siasatan lanjut…










