PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menjangkakan siasatan kes penyelewengan membabitkan seorang pendakwah bebas dan seorang Ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan sebuah institusi pusat pendidikan dan dakwah di Kedah akan diselesaikan dalam tempoh tiga minggu lagi. Beliau berkata, pihaknya ketika ini masih berada pada peringkat awal siasatan dan sedang mengumpul lebih banyak bukti berhubung dakwaan penyalahgunaan dana yang dipungut daripada orang ramai. “Kita masih…










